Alpha Health Asia Malaysia in the News: Hanya Design Veronique Yang Terbaik Buatku

January 11, 2013: Authored by: Alpha Health Asia Staff

Berdebar rasa bila mengandung kali kedua. Apa taknya, waktu si kakak - Zara, kena bedah saat terakhir sebab songsang. Tuhan saja yang tahu perit masa lalui tempoh berpantang lepas dibedah. Rasa nak menangis bila bergerak, terbatuk atau bersin. Ingatkan boleh aktif macam biasa, rupanya pergerakan jadi terhad dan ‘slow motion’. Hari ke-5 aku pakai bengkung Biasa sebab nak balik kampung untuk berpantang. Tapi disebabkan sokongan bengkung biasa tersebut tak mencukupi, perut tetap rasa berbuai-buai dan pinggang rasa sakit sebab tak dapat berdiri atau duduk menyusu dengan betul. Kelahiran yang kedua ni kata doktor boleh secara normal. Macam mana pula rasa sakitnya nanti?

Dua bulan sebelum kelahiran Adam, Design Veronique (DV) telah melancarkan produk sokongan khas buat ibu-ibu selepas bersalin. Aku terus mendapatkan maklumat lanjut dari internet dan pengedarnya. Rasanya setelah bersusah-payah jalani proses mengandung dan bersalin, tubuhku berhak mendapat ‘sokongan’ yang terbaik dan sepatutnya sewaktu proses pemulihan. Lebih-lebih lagi apabila aku dapati produk ini sememangnya produk perubatan dan mempunyai sijil pengiktirafan FDA. Disebabkan hospital di mana aku bersalin tidak membekalkan produk DV ini, maka aku minta konsultan produk datang ke wad. Konsultan tersebut telah menunjukkan contoh pakaian sokongan yang sesuai untuk kelahiran secara normal dan mengambil ukuranku. Saiz aku ketika itu ialah saiz 4. Tak sabar rasanya mencuba pakaian sokongan DV ini dan nak tahu apa bezanya berbanding bengkung dan ‘girdle’ biasa yang aku pakai dahulu.

Ialah kalau ‘pelaburan’ yang dah dikeluarkan agak boleh tahan semestinya ‘pulangan’ yang diinginkan harus berbaloi. Aku hanya mula menyarungkan pakaian sokongan DV pada hari ke-4 dan memakainya hampir 24 jam sehari. Selepas seminggu aku dapati ukurlilit perutku telah turun ke saiz 3 dan ini diakui oleh doktor dan jururawat semasa pemeriksaan susulan. Sokongan yang aku dapati dari pakaian DV ini ternyata sangat memuaskan. Perut tak mengeleber dan bahagian bawah rahim terasa kuat dan memudahkan pergerakan. Pinggangku yang bermasalah tidak lagi rasa sakit waktu bergerak bila mengenakan produk sokongan DV tersebut. Aku juga tidak teragak-agak ‘melabur’ mendapatkan pakaian sokongan DV peringkat ke-2 selepas sebulan berikutnya bagi proses pengkonturan.

Hubung kami melalui e-mail untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut tentang pakaian sokongan selepas bersalin di dalam Bahasa Malaysia http://www.alpha-health.com.my


About the Author