Alpha Health Malaysia Cesarean Healing Information: Lebih yakin dengan pakaian sokongan Caesarean

January 11, 2013: Authored by: Alpha Health Asia Staff

Dah Cuba Baru Tahu!
Tanggal 31 Julai 2009, aku telah selamat melahirkan permata hati kedua di salah sebuah hospital pakar di Ampang melalui kaedah pembedahan caesarean. Tuhan sahaja yang tahu betapa perit dan ngilunya rasa bila disuruh bergerak sebaik sahaja kesan bius telah hilang. Lebih cepat aku dapat berdiri dan bergerak lebih baik untuk sembuh, kata doktor. Berjurai air mataku menahan sakit hendak bangun dari katil. Seolah-olah perutku yang berjahit terbuaibuai macam hendak terburai.

Sehari sebelum dibenarkan pulang, pembantu doktor telah memperkenalkan aku kepada seorang konsultan produk sokongan kesihatan untuk ibu selepas bersalin. Aku diterangkan tentang kelebihan pakaian sokongan caesarean, cara pemakaian dan penjagaannya. Keesokan harinya, ukur lilit pinggangku diambil dan aku diberikan saiz yang sepatutnya untuk dipakai. Sebaik sahaja memakainya, aku dapat berasakan perubahan yang sangat ketara pada tubuhku. Aku lebih yakin untuk berserk kerana kawasan perut yang dijahit terasa dilindungi secara keseluruhan. Organ dalamanku tidak lagi terasa 'longgar' seolaholah hendak tertanggal. Pakaian sokongan ini lebih praktikal dan mudah dipakai. Malah, lebih selesa kerana bahannya yang nipis dan ringan tidak merimaskan, panas dan berpeluh-peluh ketika memakainya. Setiap masa aku memakainya termasuk waktu tidur.

Aku hanya membasuhnya dengan tangan setiap dua hari sekali dan kerana cepat kering, aku tak perlu menunggu lama untuk menggunakannya kembali. Hanya selepas 2 minggu memakai pakaian sokongan tersebut aku sudah boleh mengenakan kembali seluar jeans sewaktu aku belum mengandung. Sungguh tidak kusangka! Tapi yang lebih menarik padaku ialah pengalaman proses penyusuan badan yang lebih tenang, bebas dan selesa buatku dan bayi. Mempunyai pakaian sokongan selepas bersalin ini ternyata satu pelaburan yang sangat berbaloi dan berharga bagi proses pemulihan tubuhku ini.

Hubung kami melalui e-mail untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut tentang pakaian sokongan selepas bersalin di dalam Bahasa Malaysia http://www.alpha-health.com.my


About the Author